MENGENAI AYMONDNAZREN
AymondNazren atau nama sebenar Mohd Nazren Saparudin, adalah seorang individu yang memulakan perjalanan kerjaya dengan penuh kerendahan tetapi berjiwa besar. Berasal dari kawasan pedalaman Sarawak, beliau tidak menjadikan kekurangan sebagai alasan, sebaliknya menjadikannya sebagai dorongan untuk terus melangkah jauh dalam dunia keusahawanan digital.
Segalanya bermula secara sederhana hanya sebagai seorang penjual server e-topup. Namun, siapa sangka daripada titik permulaan kecil itu, beliau berjaya membina empayar perniagaan sendiri dalam bidang telekomunikasi. Pada usia seawal 16 tahun, ketika beliau menduduki bangku persekolahan, iaitu sekitar tahun 2014, beliau mula berjinak-jinak dengan perniagaan simkad. Tidak disangka, ianya merupakan satu langkah awal yang bakal mengubah seluruh arah hidupnya.
Dengan minat yang mendalam dan strategi yang bijak, beliau mula memberi fokus kepada penjualan nombor telefon yang disesuaikan mengikut kehendak dan citarasa pengguna. Walaupun hanya menguruskan perniagaan ini secara separuh masa, keazaman dan ketekunannya membuahkan hasil yang luar biasa. Sekitar tahun 2021 selepas wabak Covid-19 melanda dunia, rangkaian pengguna beliau berkembang melebihi 5,000 pelanggan aktif hanya dalam tempoh 10 bulan.
Kini, beliau dikenali sebagai salah seorang peniaga nombor telefon pilihan di Malaysia yang dipercayai ramai. Platform seperti Shopee dan Facebook menjadi saksi kejayaan beliau, dengan ribuan testimoni positif daripada pelanggan yang berpuas hati dengan perkhidmatan yang ditawarkan. Berbekalkan Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kewangan) dari Unitem, beliau bukan sekadar peniaga tetapi simbol kepercayaan dan kualiti dalam industri telekomunikasi.
AymondNazren juga bukan sekadar nama. Ia adalah lambang kepada kerja keras, dedikasi dan transformasi anak remaja yang hanya berasal dari kampung. Dari seorang remaja biasa di pedalaman, kepada usahawan muda digital yang mencorak perubahan dalam dunia perniagaan nombor telefon. Dari jalan berlumpur ke lubuk digital, beliau membuktikan bahawa asal-usul bukan penghalang untuk mencipta kejayaan.
